Anda yang gemar membaca komik Asterix
dan anda yang pernah menonton filem 'Pirates of The Carribean', tentu ingat
watak jahat 'Barbarossa' bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya
fiksyen Eropa dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan
watak seorang penjahat (biasanya seorang Bajak laut jahat).
The Barbarosa Brothers
Pada abad ke-15 Masehi, di Laut
Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers.
Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh
pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropa pada zamannya.
Kebiasaannya ialah merampas
barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropa
yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua
pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.
Siapakah sebenarnya Barbarossa yang
sangat ditakuti oleh orang-orang Eropa selama berabad-abad itu? Mengapa hingga
zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?
Barbarossa bukanlah sebuah nama.
Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber
(janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa
merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropa kepada adik-beradik
Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah
pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Yunani dan Turki.
Awal Gerakan Barbarosa
Pada suatu hari, tanpa sebab yang
jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera
Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin
terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bungsu mereka.
Sejak saat itu, mereka melakukan aksi Bajak
terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Nasrani. Aksi-aksi
mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Nasrani. Aruj
dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates
kerana kedua-duanya berjanggut merah.
Kaum Eropa menyebut Barbarossa sebagai Bajak
laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol Bajak.
Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah
bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun
qariib wa basysyiril mu'miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin,
pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal
yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari
bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.
Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak
tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan
Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa
penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai
pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.
PERJUANGAN JIHAD Barbarosa
Peristiwa itu mengubah haluan misi
dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama
sekumpulan militan bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat
Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian
mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang
serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.
Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I,
mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat
kagum pada heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman
I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut)
Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah
yang amburadul.
HASUTAN PIHAK SEPANYOL
Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut
Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada
kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada
Khairuddin untuk sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke
Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara
sendiri sesama Muslim. Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya
kucar-kacir.
Aruj sempat melepaskan diri, namun
banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak
buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam
pertempuran tersebut.
Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan
Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol
mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. Lalu,
dengan yakin, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran
hebat pun berlaku, namun Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.
Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary
Dengan meminimumkan ancaman dari negeri
sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta
kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan
kepadanya. Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin
sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan
sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera
elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.
Dalam masa kepimpinan Khairuddin,
Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di
Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal
untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand
II dan Pasukan salibnya.
Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan
Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua
pertempuran darat. Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah
pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah
sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Nasrani Eropa menjadi keruan.
Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum
Kematiannya
Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan
Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di
Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20
kapal. Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah
dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom
armada Andrea Doria habis-habisan.
Andrea Doria dan armada lautnya pun
lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia
tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol
mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.
Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan
Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka
sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan
pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan
Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea
Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi
perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.
Ketika itu pula tiba-tiba badai laut
dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya
selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.
Masyaallah... Sebuah kisah yang hebat
BalasHapusKenapa orang islam tak buat film sendiri..
BalasHapus